Skip to main content

Menemani Suami

Petang hari ini menemani suami ke Kuala Pilah membawa penumpang warga Indonesia yang pulang ke tempat kerjanya. Kami mengambilnya dari Nilai terus ke Kuala Pilah.

Suami meminta izin untuk membawa isteri bersama kerana perjalanan pulangnya seorang diri. Perjalanan sejauh kira-kira 70km dari tempat diturunkan Ali, penumpang tersebut ke rumah kami. Ali dan dua orang kawannya sebelumnya pernah mengambil khidmat suami untuk ke kedutaan Indonesia di Kuala Lumpur.

Perjalanan pulang hari sudah pun gelap. Sempatlah kami singgah makan dan solat sebelum sampai ke rumah. Seronok sepanjang perjalanan pulang kerana dapat meluangkan masa bersembang bersama. "Feel" berborak di dalam kereta berbeza dengan di tempat lain.

Beginilah pengalaman suami sebagai seorang pemandu. Sesekali saya dapat juga merasakan pengalaman itu. Suatu hari nanti pasti akan jadi kenangan yang tidak akan dilupakan.

Dengan pengalaman ini juga menurut suami menjadikannya lebih cekap memandu lagi pula di tengah bandaraya Kuala Lumpur. Juga melatih berkomunikasi dengan bermacam ragam manusia.

Alhamdulillah untuk rezeki ini.

Semoga kehidupan kami akan datang lebih baik lagi dunia dan akhirat. Amin.

Comments

Popular posts from this blog

Diagnosis Bipolar II Disorder Menghidupkan Diriku Semula

AMARAN: Tulisan yang sangat panjang. Terima kasih jika sudi baca sampai habis. 😊 [Diagnosis Bipolar II Disorder Menghidupkan Diriku Semula] Tarikh 8 September 2020 tidak akan saya lupakan. Tarikh saya didiagnosis dengan Bipolar II Disorder oleh pakar psikiatri yang merawat saya, Dr. Siti Hazrah di klinik psikiatri, Hospital Tunku Jaafar Seremban. Mengimbas kembali pada tarikh itu, saya sukar untuk menerima diagnosis yang baru diberikan. "Sayang tidak suka diagnosis bipolar II ini." Itulah ayat pertama saya kepada suami selepas berjumpa doktor. Saya menahan diri daripada menyuarakannya di hadapan doktor. Saya masih sangat terkejut dan tidak tahu bagaimana hendak mengeluarkan apa yang ada dalam fikiran. Namun saya percaya doktor dapat merasakannya. Beria juga doktor meyakinkan saya bahawa Bipolar II ini bukan sesuatu yang buruk. Kata doktor, ramai orang di dunia ini yang hebat-hebat juga didiagnosis dengan Bipolar II Disorder. Apa pun pesan beliau, saya perlu cuba dahu

Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah

[Permulaan Langkah Yang Tidak Mudah] Pada saya, permulaan untuk mendapatkan rawatan dan sokongan yang sepatutnya dalam masalah kesihatan mental bukanlah sesuatu yang mudah. Saya sendiri sangat lama hidup dalam penafian sedangkan diri sendiri sedar apa yang dialami itu bukan sesuatu yang normal.  Memujuk hati dengan "perasaan aku je ni", akhirnya lama-kelamaan memakan diri. Disangkakan apabila semua simptom sudah hilang bermakna kita sudah sembuh, rupanya kita sedang melalui fasa "remission", reda sementara sahaja. Maka berulang-ulanglah proses yang sama tanpa campur tangan rawatan dan bantuan. ------------------------------------------------------------------------------------ RUJUKAN KE PSIKIATRI KALI PERTAMA Langkah pertama saya untuk mendapatkan rawatan psikiatri ketika housemanship dulu, selepas tiga kali berjumpa dengan kaunselor, adalah dengan pergi ke klinik staf di bawah Unit Keselamatan & Kesihatan Pekerjaan.  Jasa Dr. Raj tidak akan saya lupakan.  Sele

Mula Membaca Buku

Dalam sebulan ini saya baru memulakan semula budaya membaca buku dengan konsisten yang telah sekian lama ditinggalkan. Sebelum ini masa banyak habis dengan baca artikel di facebook sahaja. Bercinta hendak menghabiskan bacaan buku. Kesannya selepas mengikat diri dengan buku, saya lebih rasa hidup. Mungkin sebab kita boleh ke dunia lain sebentar ketika membaca buku. Berbanding media sosial yang kebanyakannya mengulas tentang isu semasa. Isu semasa sekarang pula banyak yang memeningkan berbanding menenangkan. Saya pula baru sahaja rasa betul-betul "hidup" beberapa bulan ini setelah mendapat rawatan yang betul. Jadi baru perlahan-lahan cuba mengatur hidup semula dengan lebih baik. Semoga saya dapat istiqamah. Jika ada cadangan buku yang menarik untuk dibaca, sudi-sudikanlah berkongsi ya. ☺️